Thursday, September 17, 2009

SESI SUAI KENAL UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

 
Kenagan bersama rakan - rakan daripada Polis Diraja Malaysia ASP Amran dan SUP Loh semasa sesi Ta'ruf di kampus induk Universiti Sains Islam Malaysia. Selain itu, kami juga turut berkenalan dengan pelajar - pelajar daripada luar negara yang turut sama dalam sesi ini. Pelajar - pelajar Special Program for Alcohol & Drug Abuse (SPADA) yang telah dihadiri seramai 23 orang.   

Saturday, September 12, 2009

PEJABAT BARU DI AADK DAERAH HULU SELANGOR


 
Mula bertugas di pejabat baru di Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Hulu Selangor pada pertengahan bulan 5 2009. Namun terasa sukar untuk menyesuaikan diri dan suasana kerja yang agak berbeza, namun bersyukur kerana mempunyai rakan - rakan sepejabat yang amat sporting dan baik hati dalam membantu saya menjalankan tugas - tugas saya sebagai ketua unit pemulihan. 

KENANGAN SEMASA BERTUGAS DI PUSPEN SERENDAH

 
Pernah berkhidmat selama hanpir 4 tahun di PUSPEN Serendah dan banyak kenangan manis semasa berkhidmat di PUSPEN Serendah. Terutama meninggalkan kawan - kawan seperjuangan dalam membantu penagih - penagih dadah pulih daripada penagihan iaitu daripada Unit Hal Ehwal Penghuni, Unit Pemulihan, Unit Latihan dan Vokasional dan Unit Pentadbiran. Semoga PUSPEN Seremdah akan terus cemerlang pada masa akan datang dan terus menjadi Pusat Pemulihan terbaik di Malaysia.

Bersama isteri tersayang semasa menerima Anugerah Khidmat Cemerlang pada tahun 2007 di Dewan Perbadanan Putrajaya, kenangan yang tidak mungkin akan dilupakan sehingga keakhir hayat, bergambar di perkarangan Dewan Perbadanan Putrajaya 

Wednesday, September 9, 2009

ANUGERAH KUALITI AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN MALAYSIA

 
kenangan bersama penyayi kumpulan spring semasa anugerah kualiti Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia pada tahun 2007 bersama staff AADK di Shah Alam.

Friday, September 4, 2009

MATRIKULASI GAMBANG PAHANG













Kenangan semasa hendak bertolak daripada Matrikulasi Gambang menuju ke Kelantan untuk lawatan ke Darul Hanan salah satu Pusat Rawatan dan Pemullihan Dadah yang terdapat di Kelantan.

LAWATAN KE PANTAI TIMUR USIM

 
Kenangan bersama rakan - rakan mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia semasa mengadakan lawatan ke pantai timur. Mahasiswa dan Mahasiswi ini terdiri daripada pelbagai latar belakang dan jawatan dalam kerajaan. Lawatan ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan mengenai cara-cara rawatan dan pemulihan dadah sama ada secara konvensional mahu pun secara tradisional, antara tempat yang dilawati PUSPEN Bachok, Darul Hanan, Baitul Taubah, Geha Bodhi.